Thursday, 27 February 2014

Apa maklamat dalam hidup aku.. -part 1

Apa itu matlamat??
Kenapa perlu ada matlamat??
Apa yang ada dengan matlamat??
Perlu ke matlamat dalam hidup??

Semua ini menjadi persoalan dalam hidup aku selama ini.. sebagai seorang manusia.. semua orang mempunyai impian masing2.. impian pula ada pelbagai impian.. impian yang tak logik bole  menjadi realiti atau impian angan2 kosong..

Adakah impian sama dengan matlamat hidup??

Semua ingin hidup senang dalam dunia ini.. semua tak mahu hidup susah.. tapi kesenangan bukan mudah nak dicapai.. jika kita tidak melalui kesukaran dulu.. pendapat aku jela.. tapi untuk senang perlu ada usaha untuk mencapai kesenangan pada masa akan datang..

Berbalik kepada topik matlamat.. bagi aku matlamat tak sama la seperti impian.. sebab kita perlu ada matlamat dan impain dalam hidup ini baru la kita bole mengejar apa yang kita impikan.. bagi setiap orang.. matlamat dan impian mereka lain2.. sebab kalau sama.. mungkin tak ada la pelbagai warna dalam kehidupan ini..

Matlamat aku ingin menjadi seorang muslim yang berjaya dalam hidup dan bebas dari hutang piutang.. mempelajari ilmu agama dan menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat..

Tetapi impian aku pula ingin menunaikan haji dan umrah bersama keluarga.. mempunyai rumah sebanyak 20 biji dalam masa yang singkat seperti faizul ridzuan lakukan.. dan mempunyai otak yang cergas dan pintar seperti tun mahathir, tun daim zainudin dan syed moktar al buhkari.. dan pelbagai lagi impian..

Matlamat dan impian bagi aku perlu selari dalam hidup agar kita dapat mencapai apa yang kita inginkan.. semoga semua yang aku impikan tercapai dalam hidup ini.. aku juga mendoakan semoga semua manusia dalam hidup ini tercapai hajat yang mereka impikan dan dipermudahkan segala urusan..

Aminnn...

Monday, 24 February 2014

Tempahan Wallpaper dari ZalDeco

Hari sabtu yang lepas.. aku ngan wife jejalan la pergi shah alam.. kebetulan parents aku pun ada di shah alam.. parents aku pergi kenduri kahwin anak kawan die.. tapi yang bestnya kenduri yea patut 22 march 2014.. tapi bapa aku salah tengok.. ingat 22 febuari 2014.. so alang2 sampai rumah orang tu.. nak cover line pny pasal.. parents pun pergi la melawat kawan die tu.. hehehe..

Selepas tu aku pun bawa la parents aku pergi makan ayam penyet dekat area komuter padang jawa.. ayam penyet sana memang terbaik la.. aku dengan wife memang selalu pergi situ kalau nak pergi makan ayam penyet.. sejak belajar di UiTM lagi.. harga pun memang berpatutan..

So, lepas makan tu.. parents aku ke aeon bukit tinggi klang.. aku plak ke SACC Mall.. sebab wife aku nak cari perfume rumah untuk mak mertua aku.. di sudah tempah awal2 lagi.. hehehe.. dekat SACC Mall plak ada expo hartanah PKNS.. yang bestnya hajat nak beli perfume tapu kedai tu tutup plak.. nak jadi kan cerita.. Faizal Zain Celebrity interior design ada buka booth dekat situ.. wife aku pun gatal2 pergi tengok..


Belek pun belek buku wallpaper faizal zain a.k.a zaldeco.. die pun berkenan dengan design faizal zain.. aku dengan selamber selepas membuat discussion panjang menjela.. buat la tempahan wall paper dgn staff zaldeco.. agak bagus juga la pakej yang zaldeco bagi.. harga berpatutan juga la bagi aku.. harga bermula dari RM 145 untuk 5 kaki x 10 kaki.. ada lagi diskaun 10%.. memang berbaloi2 la.. tu pun sebab harga promosi kalau bukan promosi.. aku xtau la berapa harga yang dia akan charge..


So, rumah aku yang dekat city heights apartment nanti ada sentuhan artis tu.. kata isteri aku la.. hehehe.. siapa2 yang ada info mana lepas nie zaldeco buat event pergi la.. mana tau berkenan.. bole la buat tempahan macam aku nie.. rumah xdapat lagi.. tapi da mengatal buat tempahan.. sebab zaldeco buat promosi untuk lock harga n valid selama setahun.. so bagi aki xrugi la.. berbaloi2 ada la.. hehehe..

Aku bersyukur pada Allah kerana permudahkan segala urusan aku.. xde pening2.. maklumla ini kan pengalaman pertama nak hias rumah sendiri.. xsabar plak nak dapat kunci rumah.. bole renovate ikut apa yang aku impikan.. hehehe..
Kalau sesiapa berminat untuk merasakan sentuhan faizal zain untuk deco rumah korang.. bole la hubungi beliau sendiri k.. 

Sunday, 23 February 2014

Pemilik kilang berterima kasih

Hari ini aku rasa gembira sekali kerana salah seorang pemilik kilang telefon aku dari singapura ucapkan terima kasih atas bantuan yang aku berikan.. aku bersyukur sangat2 pada Allah kerana telah permudahkan segala urusan aku sewaktu di kilang dulu..

Aku juga ingin berterima kasih pada sifu2 ku sewaktu aku kerja dulu kerana banyak ilmu yang mereka telah turun kan dan aku boleh guna untuk melakukan kerja2 ku sekarang.. aku hanya la budak biasa tanpa sifu2 siapa la aku sekarang..

Selain itu juga, aku dapat menambahkan lagi ilmu pengatahuan aku.. aku selalu mengaitkan setiap pekerjaan yang aku lakukan dengan cara kehidupan kita seharian.. kerana aku yakin benda yang dicipta mesti berkaitan dengan cara kehidupan kita.. sebab si pencipta mereka benda tu untuk memudahkan cara kerja manusia..

Aku juga dapat tahu adat resam penduduk sekitar yang bekerja di kilang itu.. di sana terdapat pelbagai etnik.. yang ganas ada.. yang lemah pun ada.. tetapi dalam kilang tu ada pelbagai etnik.. so banyak juga yang aku pelajari sewaktu di sana..

Aku mendoakan semoga pekerja2 disana berjaya dengan apa yang mereka lakukan.. semoga bertambah rezeki mereka dan dipermudahkan segala urusan mereka..

Saturday, 15 February 2014

Di hari minggu bersama isteri tercinta

Selepas sibuk bekerja.. hari ini hari bersama dengan wife plak.. seperti biasa wife sudah dekat2 nak bersalin nie.. selalu aku bawa die berjalan dekat2 area kl jea.. tapi hari ini aku balik ke rumah mertuaku di Bentong, Pahang.. sebab hari ini anak buah aku dari Lumut akan balik.. so isteri ku nak berjumpa n main dgn anak buah kesayangan die Harith.. hehehe..

Dalam masa yang sama petang nanti ada assigment tambah duit poket dekat Raub.. so sekali jalan la.. balik Bentong dalam masa yang sama tambah duit poket.. lagipun memang tiap2 bulan akan buat assignment tambah duit poket pun.. rajin isteri ku cari kerja2 tambahan nie.. hehehe..

Lagipun esok aku kena bekerja di Pekan Baru, Indonesia selama seminggu dekat sana.. so apa kehendak isteri ku kena la aku tunai kan sebab selalu hunjung minggu memang masa kami bersama.. tapi minggu nie sehari jea bersama hari lain isteri ku terpaksa aku tinggalkan atas urusan kerja..

Aku gembira dengan kerja aku sekarang.. ada peluang untuk aku lihat cara kerja dunia luar melakukan kerja selain di negara sendiri.. dalam masa yang lain aku dapat membantu industri mengembangkan perniagaan mereka.. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepadaku dan keluarga ku..

Aku harap isteriku selamat ketika ketiadaan ku selama seminggu di Malaysia.. Harap2 baby dalam perut isteriku tidak buat ragam n sabar menanti kepulangan ku.. sebab aku riso kalau tiba2 isteriku hendak bersalin sewaktu kerja di luar sana.. Ya Allah, aku memohon kepadamu supaya Kau lindungi la keluarga ku.. amin...

Sunday, 9 February 2014

Majlis Pelancaran GBOB Shah Alam

Syukur alhamdulillah.. hari ini telah diadakan majlis pelancaran GBOB cawangan Shah Alam.. GBOB ini nama singkatan bagi Genius Baby On Board.. Pengasasnya kak ipar aku.. budak2 nie panggil teacher wati.. Majlis pelancaran diserikan lagi dengan kehadiran Farah Adibah iaitu salah seorang pengacara di TV Al-Hijrah..




GBOB adalah tempat dimana anak-anak anda mendapatkan pendidikan dari awal lagi.. pendidikan seawal anak anda baru dilahirkan sehingga la anak anda berusia 4 tahun.. Terdapat 4 modul yang ditawarkan di GBOB..

Level 1 dari seawal usia anak anda dilahirkan sehingga usia 6 bulan..
Level 2 dari usia 6 hingga 12 bulan..
Level 3 dari usia 12 hingga 18 bulan..
Level 4 dari usia 18 bulan ke 4 tahun..

sila lihat gambar untuk maklumat lanjut..



Sekarang nie GBOB sudah ada 4 cawangan.. 3 di selangor & 1 di johor..


Aku yakin akan berkembang ke seluruh pelusuk malaysia suatu masa nanti.. sebab program yang ditawarkan cukup menarik minat aku yang bakal bergelar bapa xlama lagi.. rasa lepas anak aku dilahirkan nanti.. aku berhajat untuk hantar anak aku mengikuti program yang ditawarkan ini.. kalau di izinkan Allah.. aku akan buka satu cawangan di area uma aku tinggal skg.. in sha Allah..


Saturday, 8 February 2014

30 Jenis Kek Untuk Dirasai punya cerita..

Pagi2 lagi wife aku da ajak pergi beli kek.. aku pun pelik.. katanya bole makan 30 jenis kek.. aku pun apa lagi cepat2 la bangun.. maklum la nk makan 30 jenis kek..  harga rm1.00 kalau 10 mini slide rm8.00 jimat tu.. apa lagi aku borong la 10 mini slide.. jimat punya pasal..

Lagipun promotion nie dari 8 - 9 Febuari jea.. siapa2 rasa nak rasa pelbagai jenis kek boleh la datang sni.. 

kedai Citra Klasik Bakeri & Cafe..
dekat area hentian kajang sana.. bole la cari kalau nak.. 

Dan ini la hasil pencarian aku hari ini.. 12 mini slide kek dan 2 apam cina.. wife aku nak makan apam cina tu.. gambar xde plak.. hehehe.. Wife aku makan 9 slide plus 2 apam.. penggemar xberapa tegar 3 slide jea.. huhuhu..


Steamboat punya cerita..

Hari ini mama suruh amik die dekat uma maklong wati dekat klang.  So lepas solat maghrib terus aku gerak ke ofis wife aku amik kereta n park motor kesayangan ku dekat TPM, Bukit Jalil.. lepas anta mama balik rumah dekat kota damansara aku terus gerak g amik motor. Pastu balik la rumah sewa dekat kajang.

Dalam perjalanan anta mama tadi sempat la aku bercerita dengan mama. Aku gtau die aku mungkin jadi beli rumah lagi satu dekat sg chua kajang. Sebelum nie beli rumah town house bertingkat2 dekat puncak saujana kajang. Baru jea sain agreement bulan lepas. Pastu da mengatal nak beli rumah lagi satu. Tapi kali nie mama beri sokongan. Sebab sebelum nie macam berat hati nak bagi. Dalam masa yang sama aku gtau la aku nak beli rumah mama yang dekat ampang tu. Duit rumah tu bole la mama guna nak beli apa2 nanti. Tapi tu pun lepas aku sudah setelkan hutang kereta ku.

So lepas anta mama, aku bergegas la ke bukit jalil sebab wife balik keje pkul 11. Lepas jea sampai rumah park motor, perut pun berbicara. Terus start enjin kereta pergi la makan steamboat dekat downtown jalan reko.  Bole tahan sedapla tapu aku xingat apa nama kedai tu. Wife aku pn suka.
Lepas makan terus balik rumah.

Cerita seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya sambil melayari internet

Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah.  Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.
Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
Sayangi la ayah anda selagi dia masih hidup.

Friday, 7 February 2014

Pengalaman pertama menulis blog

Assalamualaikum..

Inilah pengalaman pertamaku menulis blog.. Selamat berkenalan pada otai-otai blogger.. Ada ke orang nak tengok blog aku.. hahaha.. syok sendiri kata kan.. ok la.. selamat malam semua..