Wednesday, 19 March 2014

Menghitung hari..

Ya Allah, xsabar rasanya hendak menjadi seorang ayah..

Itu la perasaan aku sekarang.. xsabar untuk melihat anak pertamaku dilahirkan di dunia ini.. hari ini genap isteriku mengandungkan anak ku selama 39 minggu dua hari..

Pada hari sabtu yang lepas, aku telah menemani isteriku untuk melakukan medical checkup di pusat rawatan islam az zahrah di bangi.. punya la ramai orang yang datang melakukan medical checkup terutama sekali wanita mengandung..

Aku sampai dekat klinik tu dalam pkul 930.. tapi dapat peluang untuk berjumpa dengan doktor dalam pkul 1045.. memang ramai orang hari tu.. tapi doktor die cukup peramah..

Semasa isteri aku melakukan scan.. die cakap berat baby sekarang sudah 3.2kg.  Isteri aku terus terkejut.. lepas tu doktor cakap kepala baby da turun da.. bila2 bole kelua.. lagi la aku xsabar nak dengar.. sebab xsabat nak jadi ayah.  Hehehe

Aku mendoakan agar isteri aku selamat melahirkan anak pertama kami.. dipermudahkan sewaktu bersalin dan dijauhkan daripada penyakit yang tidak di ingini selepas bersalin.  Aku juga mendoakan agak anak aku dilahirkan dengan cukup segala sifatnya, sihat tubuh badan dan dijauhkan daripada penyakit tidak di ingini.  Semoga anak2 ayah kelak menjadi anak yang soleh dan solehan, mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.. menjadikan al quran dan al sunnah sebagai pegangan hidup.  Amin...

Country Heights Resort

Syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk duduk di Country Heights Resort Kajang.. tempat ini memang best la.. lagi2 kalau orang macam aku.. itu pun sebab dapat voucher free.. kalau x, xde peluang la aku nak duduk dekat sni.

Aku dapat voucher free nie pun sebab kena mencairkan taik telinga selama sejam lebih.. sales person die memang terbaik la.. die nak promote aku amik membership untuk sebuah hotel ni.. tapi disebabkan bajet aku xde.. so aku pun terpaksa la menolak secara baik.. agak dua2 pihak berpuas hati..

So disebabkan itu la, aku dapat voucher free nie.. tapi kena datang waktu bekerja la.. selama tempat kerja aku n wife dekat.. uma pun dekat.. tapi menggatal nk duduk sni.. nk rasa jadi orang kaya untum 3 hari 2 malam.. hehehehe..

Aku dapat villa.. tapi kalau tengok betul2 sebenarnya town house.. bawah uma lain.. atas uma lain.. tapi dekat dalam nie.  Memang rumah besar2 pun.. dengar citer artis pun ada duduk dekat area nie.. memang rezeki dorang la kan selepas penat lelah bekerja..