Wednesday, 28 October 2015

Menarik Di Korea - #1


Image result for subway korea appImage result for subway korea app

Hampir sekian lama tidak menulis dalam blog.. Kini kembali untuk update sikit pasal cerita aku sekeluarga ke Korea minggu lepas.. 

Cerita sebelum ke Korea..

Aku dan isteri aku sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Tapi disebabkan lagi seminggu nak ke Korea baru la aku sibuk mencari hotel dan tempat-tempat yang biasa orang Malaysia melawat. Aku pun google la tengok blogger-blogger lain punya travel-log. Macam la aku copy paste dan print. Last2 tak pakai pun. Buat program sendiri sampai sana. Yang penting kena download software Subway Korea (macam LRT kita di Malaysia la). Tapi Korea punya canggih sikit sebab banyak dan panjang dorang punya train. Ada berbelas2 juga la Line Train dekat sana. So, kalau siapa nak pergi sana perlu tahu tempat mana korang nak pergi lepas tu subway mana yang terdekat.  Sebab sana naik subway senang. Kalau naik teksi boleh tapi aku pernah try untuk tahan teksi. Tapi dorang tak nak berhenti. huhu. Sebelum pergi juga kami sibuk mencari hostel bajet untuk kami menginap di sana nanti. Aku telah memilih

Rainbow Hostel di Myeongdong (3H 2M) = RM 318.74 (Agoda)
KW Hostel di Hongik University (4H 3M) = RM
Incheon Airport Hotel Oceanview (1M) = RM 209.87 (Agoda)

Travel-log (Day 1 - 16/10/2015)


AirAsia menjadi pilihan aku sekeluarga kali ini untuk ke Korea. Isteri aku telah book tiket seawal 8 bulan yang lepas. Untuk kami bertiga harga tiket pada masa tu hanya RM 1,880 (return - Dua dewasa satu kanak2 yang berusia 2 tahun ke bawah). Aku bertolak daripada KLIA 2 jam 1.00 am waktu tempatan dan sampai di Incheon International Airport, South Korea tepat jam 8.20 am (waktu korea - waktu di sana sejam lebih awal daripada kita).

Setibanya di sana, uruskan segala urusan imegresen dan terus ke 7eleven untuk membeli T-Money (KRW 2,500). Aku siap2 topup KRW 50,000 setiap satu. Anak aku tak payah lagi sebab masih kecil. Selepas semuanya sudah selesai, sebelum bergerak ke hostel aku sarapan pagi dulu depan 7eleven tu sebab ada tempat duduk. Makan la subway yang aku curi2 bawa naik kapalterbang.

Nie la kad T-Money yang digunakan sama function dengan Tn'GO Malaysia

Selesai sarapan, tiba la masanya untuk menjelajah Korea bersama keluarga tercinta. So, untuk ke hostel aku memilih untuk menaiki train daripada bas atau teksi. Rainbow Hostel Myeongdong berdekatan dengan Chungmuro Station (Line 4). Untuk kesana perlu menaiki subway daripada Incheon Airport ke Seoul Station dan tukar ke Line 4 pergi ke Chungmuro Station. Sampai ke Chungmuro Station keluar ikut Exit 6. Jalan terus sampai jumpa balai bomba di sebelah kiri dan amik lorong kiri lepas tu naik bukit, ada nampak simpang 4 terus masuk kanan. Jalan lebih kurang 20 meter sampai la ke Rainbow Hostel. Jarak perjalanan hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Di Korea nie kebanyak aku menggunakan train. Kepada sesiapa nak pergi korea aku sangat2 suggest pilih hostel or hotel berdekatan dengan Subway Station Line 4 sebab kebanyakan tempat shopping dan tempat pelancongan dekat dengan subway Line ni seperti:

  1. Namdaemun Market 
  2. Myeongdong Market 
  3. Namsam Tower
  4. Namsangol Heritage Village
  5. Korea House
  6. Korea Stamp World
  7. Dongdaemun Market
Alhamdulillah, selesai saja check-in hostel aku pun mulakan perjalanan menjelajah Korea. Tempat yang mula2 aku pergi adalah Myeongdong Market. Nak saving duit punya pasal, aku pergi jalan kaki jea. Boleh tahan dekat juga la, 15 minit jalan kaki. Selamat masa aku pergi suhu 16 C, so xde la berpeluh sangat masa tu. Sampai jea Myeongdong Market terus cari kedai makan seperti yang blogger2 sebelum nie pernah pergi. Lagipun perut pun sudah lapar, nak jalan dengan perut lapar pun tak seronok. So, makan la dulu.