Monday, 16 June 2014

Hari Bapa yang Terindah


Kek Hari Bapa yang pertama dalam hidup

Hari ini dapat surprise kek daripada isteriku dan #MarissaEiliyah. Balik saja kelas, solat asar dan mandi. Tiba-tiba nampak kek Secret Recipe atas katil sebelah #MarissaEiliyah. Marissa pula time ini tengah syok tidur. Ibu dia yang comel pandai2 letak kek sebelah die. Syukur sangat2 diberi peluang untuk sambut hari bapa ini buat kali pertama..


Marissa tengah syok tidur

Seronok dan gembira dapat kek dari isteri dan anak. Sungguh tak sangka aku sudah menjadi ayah. Lagi-lagi pada usia 20an ini. Harap Marissa Eiliyah menjadi anak yang solehah. Pandai menjaga adik-adik kelak dan kedua ibubapa. Menghormati orang tua dan menjadi manusia yang berjaya dan dapat membantu orang lain yang memerlukan bantuan pada masa hadapan.

Ya Allah, Aku memohon ke hadratMu, Kau lindungi keluargaku dari apa juga bencana dan dugaan yang kami tidak ketahui. Berikan kami sekeluarga kekuatan untuk mengharungi segala dugaan yang diberikan olehMu Ya Allah. Murahkan la rezeki kami, permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Semoga kami tergolong dalam orang-orang yang beriman kepadaMu Ya Allah..

Sunday, 15 June 2014

Dalam Hati ada Taman ~ FLORIA 2014 ~

~Floria 2014~
Hanging Umbrella yang penuh warna warni..

Apa pun mimpi aku tahun nie.. tiba-tiba lepas habis kelas tadi ajak isteri dan #MarissaEiliyah pergi tengok Floria 2014 di Putrajaya.. Sekali abang dan kakak ipar aku oun terjebak ikut sama..

Ingat nak pergi Dataran Putrajaya hanya nak lepak-lepak petang bersama keluarga.. sekali dalam hati ada taman la.. aku pun tak tahu ada apa sebenarnya ada dekat floria 2014.. beribu-ribu orang juga la yang datang.. sampai nak masuk pun kena bayar.. siap dengan abang-abang bonzer jaga pintu masuk.. untuk dewasa rm3.00 dan kanak-kanak pula 7 hingga 12 tahun rm1.00.. 

Bila masuk agak terkejut juga melihat kreativiti - kreativiti melihat orang malaysia membuat taman bunga sendiri dengan kreativiti masing-masing.. memang menarik bagi aku.. sebab pelbagai hiasan taman bunga ada dekat sini.. dan setiap peringkat umor ada.. baik dari sekolah rendah sampai ke universiti masing-masing menyumbang idea untuk menjayakan FLORIA 2014 ini.. tidak terkecuali badan-badan kerajaan dan juga syarikat - syarikat taman bunga juga terlibat sama .

Bagi aku memang puas hati la walaupun pada asalnya balik kelas tadi nak pergi beli barang rumah.. tapi memang puas hati sebab dapat melihat  kreativiti yang ada dekat sini.. mana tahu suatu hari nanti ada rumah besar dan tanah luas.. boleh la ambil idea yang aku lihat tadi dijadikan untuk taman bunga aku nanti..

Gambar isteriku yang comel

Si Tampan & Si Jelita

Marissa dengan ibu bergambar di laman kreativiti Universiti Sabah Malaysia

Jangan Sentuh hasil kreativiti DBKL

Kami sekeluarga..


Monday, 26 May 2014

Myvi - Tidak Hantar Service Selama 7 Bulan

Cerita mengenai kereta MYVI kesayangan ku yang hampir 7 bulan tidak hantar service gara-gara terlupa nak pergi dengan sifat malas. kereta itu sebenarnya last service tahun lepas kalau tidak silap bulan oktober macam tu.. aku hanya pakai sebulan dua lepas itu aku terus hantar ke ibubapa aku untuk pakai.. sebab apa aku hantar?? Sebab mereka tiada kenderaan untuk pergi keluar jalan-jalan.. lagipun isteriku tengah mengandung pada masa itu.. aku pun gunalah kereta dia untuk pergi balik kerja.. selain itu juga, aku da mula repair balik motor kesayangan NIMOTA aku itu.. tapi apakan daya pakai sebulan dua jea.. lepas itu tersadai balik dekat rumah..

Semalam aku ambil la balik kereta MYVI ku itu daripada ibubapa aku.. sebab sekarang baby marissa sudah lahir.. so lepas habis kerja aku kena ambil die dekat rumah pengasuh.. isteriku tak bagi ambil naik motor sebab baby marissa masih kecil lagi.. mulai sekarang kena la ulang alik kerja naik kereta balik.. baru angan-angan nak repair motor aku yang tersadai tu.. lepas itu pergi kerja naik motor.. hehehe..

Sambung balik pasal kereta, pagi ini aku tanya la kawan-kawan sekerja aku dekat mana mereka hantar untuk service kereta.. maklum la aku ni masih baru lagi dalam kawasan kajang/bangi ni.. tak berapa kenal lagi tempat-tempat dekat sni.. walaupun masa sekolah dulu aku dalam daerah Hulu Langat.. tapi kawasan ini aku bukan mahir sangat.. huhuhu..

Kawan-kawan aku pun jenis tidak tetap pergi kedai yang sama.. so aku ambil keputusan untuk google la dalam internet tempat service kereta dekat bangi.. pastu terjumpa la satu tempat nie.. dekat dengan seksyen 9 bandar baru bangi.. kedai nie 100% bumiputera punya.. aku pun tanpa fikir panjang pergi la kedai ni waktu rehat tadi. Nama kedai itu, BANGI MOTORS SDN BHD dekat belakang maybank..

Ini peta lokasi kedai itu.. ok juga la kedai ini punya service..
Kedai pun senang jea nak cari sebenarnya.. kedai ni buka setiap hari isnin sampai sabtu dari jam 9.00 pagi ke 6.00 petang.. kalau boleh elakan datang tengahari sebab pekerja rehat masa itu.. tapi aku datang juga.. sebab tak tahu.. tapi pekerja dia tetap melayan dan tolong service kan kereta MYVI aku tu.. pekerja dia pun okay juga la.. masa tengah service tu pekerja die bagitahu ada leakage minyak enjin aku.. patut la abah aku dok selalu tambah minyak hitam tapi masih berkurang je sebelum ini.. nasib baik la tergerak hati nak service kereta.. kalau ikut kan malas jea.. tapi nak jalan jauh punya pasal minggu depan.. kena la juga service kereta.. lagipun sudah hampir 7 bulan kereta itu tidak di hantar service.. memang patut pun kalau ada yang bocor.. esok kena hantar balik kereta untuk repair yang leaking tu.. tapi kena turunkan enjin.. minta-minta satu hari boleh siap.. sebab sebelah petang kena ambil marissa balik dari rumah pengasuh.. kalau tidak ibu dia boleh bertukar tu.. hehehehe.. ntah berapa la kena esok.. harap-harap sangat tak mahal kena charge.. hehehe...

ini la rupa kereta setelah hampir 7 bulan tak service dan nak masuk 8 tahun kereta ini bersama ku..


Genap Setahun

Tanggal 24 Mei 2014, merupakan hari bersejarah buat diriku dan isteri.. tarikh ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama..  Tepat jam 12.00 malam.. aku terus ucapkan selamat hari ulang tahun kepada isteri aku.. pada masa itu dia tengah sibuk pakaikan pampers Marissa..

Marissa pun pandai.. masa-masa macam nie la die bangun tidur.. ayah baru nak kejutkan ibu.. tapi ibu bangun lebih lagi awal untuk tukarkan pampers marissa..

Pagi itu, ibu dengan marissa pergi ke Zoo Negara bersama keluarga sebelah ibu.. best marissa pergi jalan-jalan.. ayah pula seperti biasa la.. pergi ke kelas MBA di Rezzen KL.. tapi yang bestnya, marissa tidur jea sepanjang hari.. bangun pun hanya hendak minum susu.. ibu pula syok berjalan dan bergambar.. hehehe..

Seronok jea marissa tidur

 Gambar Opah, Marissa dan Ibu

 Ibu dan Opah bergambar dengan PANDA

 Marissa sedang sibuk minum susu..

Marissa sibuk susu.. ibu pun nak makan juga.. hehehe

Petang tu selepas aku habis ke kelas.. aku pun terus mengambil isteriku dan marissa di Rumah atok ibu di Danau Kota.. Ibu telah siap-siap tukar baju.. katanya nak pergi kenduri kahwin kawan die di AmpWalk, Jalan Ampang.. Selepas solat maghrib aku pun terus keluar.. Kami menuju ke destinasi seterusnya di FLORA KAFE untuk makan kenduri..

Setibanya di sana, rupanya isteriku membuat kejutan semperna hari ulang tahun perkahwinan kami.. bukan ada kenduri kahwin pun.. tepi Candle Light Dinner.. terharu rasa hati dengan apa yang isteriku lakukan.. Terima kasih sayang.. i sayang u dengan anak kita selama-lamanya.. terima kasih FLORA KAFE kerana menyediakan hidangan makan malam kami.. tempat ni memang aku betul-betul suggest.. makan di sini pun sedap-sedap dan menyediakan tempat yang romantik juga..

 Gambar kami di FLORA KAFE

 Hanya berdua.. Marissa tengah syok tidur..

Lauk pengantin tu.. rasa macam baru kahwin je.. sedap juga lauk-lauk ini

package makan dengan kek sekali..

Tanggal 25 March 2014

Marissa Eiliyah.. itulah nama yang diberikan orang ayah dan ibu kepada awak sayang.. nama yang kami cari khusus untuk awak.. gabungan carian ayah dengan ibu..

Dilahirkan pada 25 March 2014 jam 2.22 pagi kalau ikut jam ayah.. tapi jam hospital pkul 2.25 pagi di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi..

Marissa Eiliyah ketika baru berusia sehari..
Pada mulanya pada pagi 24 March 2014.. ibu merasa gelisah sebab ibu tidak merasakan pergerakan awak dalam perut.. terus ibu menelefon ayah dengan perasaan sedih.. ibu merasa takut pada masa itu.  Ayah pun cepat-cepat bergegas pulang untuk membawa ibu ke hospital.. sampai saja ke hospital.. nurse terus buat pemeriksaan.. masa itu awal terus aktif.. tapi nurse tahan ibu awak sebab contraction pada masa itu sudah cukup cepat.. 5 minit sekali..

Tapi ayah dan ibu sempat lagi balik kemas baju semua, pergi makan baru la pergi ke hospital.. itupun sebab nurse da telefon ayah suruh ayah hantar ibu awak ke hospital.. katanya doktor suruh masukkan ubat untuk mempercepatkan lagi contraction..

Pada mulanya ibu awak tak terasa langsung sakit disebabkan contraction sampai la pukul 730 malam baru ibu merasa menggigil dan demam.. ayah tanpa berfikir panjang memujuk ibu awak ambil ubat tahan sakit.. apa nama pun da lupa.. ubat tu cucuk dekat tulang belakang.. baru la ibu awak merasa lega daripada merasa sakit.. itu pun selepas lama ayah pujuk ibu supaya ambil ubat tu.. pkul 930 macam tu la baru ibu kena cucuk..

Tepat jam 1130.. nurse datang semula untuk periksa laluan awak.. tapi menghampakan.. bukaan masih kecil lagi untuk awak keluar.. masa itu baru buka hanya 4cm saja.. doktor menasihatkan jika laluan tidak buka sampai 10 cm jam 130 pagi.. ibu terpaksa menjalani pembedahan atau nama lain ceaser untuk keluarkan awak.. ayah pada masa itu berserah pada ilahi kerana doktor lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ibu dan awak.. walaupun pada masa itu berat hati ayah untuk membuat keputusan..
Tapi alhamdulillah ayah bersyukur pada ilahi pada saat begini.. opah, atok, tok abah, mak tok, pakcik n makcik2 awak datang melawat ibu dan ayah untuk memberi semangat pada kami.. mereka bergilir datang dan masuk melawat ibu ketika di bilik bersalin..

Jam telah menunjukkan pukul 130 pagi.. nurse sekali lagi memeriksa keadaan ibu dan keputusan masih mengecewakan.. masa itu laluan untuk awak keluar hanya 5 cm.  Kepala awak pun sudah mula menunjukkan rasa bengkak.. demi kebaikan ibu dengan awak.. doktor menasihatkan ibu untuk menjalani pembedahan..

Ibu menunjukkan rasa kuat depan ayah semasa die ditolak masuk ke dalam dewan bedah.. ayah pula merasa gelisah.. ibu siap melambai ayah pada masa itu.. ayah mula la nak mengalir air mata.. tapi ayah tetap kuatkan hati tak nak tunjuk depan ibu.. ayah nak masuk temankan ibu tapi nurse dekat situ tak bagi ayah masuk disebabkan prosedur hospital.. ayah pun pasrah terus turun ke bawah mengambil angin segar sementara menunggu kedatangan doktor. 

Tiba-tiba Dr Noraini datang.. die terus bertanya kepada ayah.. "kamu tak masuk sekali ke".. ayah cakap " boleh ke masuk doktor".. doktor tu terus menjawab "boleh je kalau awak nak masuk".. ayah pun apa lagi.. cepat-cepat naik atas.. tapi mengecewakan.. doktor tu telah masuk kedalam dewan bedah.. sebab ayah fikir nak masuk sama-sama dengan doktor tu.. tapi tak sempat..

Selepas 5 minit menunggu diluar.. tiba-tiba seorang nurse panggil ayah masuk.. ayah pun cepat-cepat masuk dan salin pakaian yang ditetapkan.. masa ayah masuk.. doktor baru saja membedah ibu.. ayah pun terus duduk tepi ibu untuk memberi sokongan pada ibu.. ibu memang steady pada masa itu.. siap boleh berborak dengan ayah walaupun pada masa itu doktor sedang usaha untuk keluarkan awak.

Tiba-tiba Dr Noraini panggil ayah kalau nak tengok marissa keluar diri la depan itu.. itupun kalau tak takut tengok darah.. die pesan " awak jangan pesan sudah la".. ayah pun mengambil peluang ini untuk melihat bagaimana awak dikeluarkan.. ayah pun berdiri la depan itu.. pada mulanya nak pesan juga la tengok.. sebab cukup susah untuk keluarkan awak pada masa itu.. doktor terpaksa gunting perut ibu besar sikit untuk keluarkan awak.. tapi lepas tengok payah betul nak keluarkan awak.. ayah terus kuatkan hati melihat keadaan ibu dan awak..

Doktor telah cuba banyak kali untuk tarik awak keluar.. tapi cukup susah untuk keluarkan awak.. doktor terpaksa melebarkan pembukaan laluan awak.. ayah tengok pun ngeri juga la ibu awak kena bedah.. nurse dekat situ siap tolak-tolak lagi perut ibu awak untuk paksa awak keluar.. tapi tak boleh juga.. ayah ambil inisiatif untuk bantu nurse keluarkan awak.. ayah pun menolak-nolak perut ibu untuk paksa awak keluar..

Alhamdulillah.. selepas beberapa tangan menolong.. akhirnya lahir la seorang puteri ke dunia ini.. iaitu awak MARISSA EILIYAH BINTI CHE RAHMAT.. awak dilahirkan dengan cukup sifat.. ayah dan ibu bersyukur pada ilahi kerana mengurniakan awak kepada kami di dunia ini.. sebaik saja awak keluar.. tali pusat dipotong.. doktor pun minta ayah untuk keluar kerana doktor perlu menjahit perut ibu..

Marissa pun dibawa keluar untuk prosedur seterusnya iaitu membersihkan awak.. selepas siap bersihkan awak.. nurse panggil ayah untuk melihat awak.. sekali lagi ayah bersyukur pada Ilahi kerana diberi peluang untuk mengazankan dan qomat kan awak.. melihat dan memegang awak buat pertama kali dalam hidup ayah adalah saat yang paling bahagia dalam hidup ayah..

Selepas itu selesai semua.. awak dan ibu dibawa masuk ke dalam wad untuk berehat setelah melalui masa yang panjang..

SYUKUR YA ALLAH DENGAN KURNIAAN YANG TELAH KAU BERIKAN KEPADA DIRIKU DAN ISTERI..

Gambar Marissa dalam tempoh usia 2 bulan..

Wednesday, 19 March 2014

Menghitung hari..

Ya Allah, xsabar rasanya hendak menjadi seorang ayah..

Itu la perasaan aku sekarang.. xsabar untuk melihat anak pertamaku dilahirkan di dunia ini.. hari ini genap isteriku mengandungkan anak ku selama 39 minggu dua hari..

Pada hari sabtu yang lepas, aku telah menemani isteriku untuk melakukan medical checkup di pusat rawatan islam az zahrah di bangi.. punya la ramai orang yang datang melakukan medical checkup terutama sekali wanita mengandung..

Aku sampai dekat klinik tu dalam pkul 930.. tapi dapat peluang untuk berjumpa dengan doktor dalam pkul 1045.. memang ramai orang hari tu.. tapi doktor die cukup peramah..

Semasa isteri aku melakukan scan.. die cakap berat baby sekarang sudah 3.2kg.  Isteri aku terus terkejut.. lepas tu doktor cakap kepala baby da turun da.. bila2 bole kelua.. lagi la aku xsabar nak dengar.. sebab xsabat nak jadi ayah.  Hehehe

Aku mendoakan agar isteri aku selamat melahirkan anak pertama kami.. dipermudahkan sewaktu bersalin dan dijauhkan daripada penyakit yang tidak di ingini selepas bersalin.  Aku juga mendoakan agak anak aku dilahirkan dengan cukup segala sifatnya, sihat tubuh badan dan dijauhkan daripada penyakit tidak di ingini.  Semoga anak2 ayah kelak menjadi anak yang soleh dan solehan, mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.. menjadikan al quran dan al sunnah sebagai pegangan hidup.  Amin...

Country Heights Resort

Syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk duduk di Country Heights Resort Kajang.. tempat ini memang best la.. lagi2 kalau orang macam aku.. itu pun sebab dapat voucher free.. kalau x, xde peluang la aku nak duduk dekat sni.

Aku dapat voucher free nie pun sebab kena mencairkan taik telinga selama sejam lebih.. sales person die memang terbaik la.. die nak promote aku amik membership untuk sebuah hotel ni.. tapi disebabkan bajet aku xde.. so aku pun terpaksa la menolak secara baik.. agak dua2 pihak berpuas hati..

So disebabkan itu la, aku dapat voucher free nie.. tapi kena datang waktu bekerja la.. selama tempat kerja aku n wife dekat.. uma pun dekat.. tapi menggatal nk duduk sni.. nk rasa jadi orang kaya untum 3 hari 2 malam.. hehehehe..

Aku dapat villa.. tapi kalau tengok betul2 sebenarnya town house.. bawah uma lain.. atas uma lain.. tapi dekat dalam nie.  Memang rumah besar2 pun.. dengar citer artis pun ada duduk dekat area nie.. memang rezeki dorang la kan selepas penat lelah bekerja..