Tanggal 24 Mei 2014, merupakan hari bersejarah buat diriku dan isteri.. tarikh ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.. Tepat jam 12.00 malam.. aku terus ucapkan selamat hari ulang tahun kepada isteri aku.. pada masa itu dia tengah sibuk pakaikan pampers Marissa..
Marissa pun pandai.. masa-masa macam nie la die bangun tidur.. ayah baru nak kejutkan ibu.. tapi ibu bangun lebih lagi awal untuk tukarkan pampers marissa..
Pagi itu, ibu dengan marissa pergi ke Zoo Negara bersama keluarga sebelah ibu.. best marissa pergi jalan-jalan.. ayah pula seperti biasa la.. pergi ke kelas MBA di Rezzen KL.. tapi yang bestnya, marissa tidur jea sepanjang hari.. bangun pun hanya hendak minum susu.. ibu pula syok berjalan dan bergambar.. hehehe..
Gambar Opah, Marissa dan Ibu
Ibu dan Opah bergambar dengan PANDA
Marissa sedang sibuk minum susu..
Marissa sibuk susu.. ibu pun nak makan juga.. hehehe
Petang tu selepas aku habis ke kelas.. aku pun terus mengambil isteriku dan marissa di Rumah atok ibu di Danau Kota.. Ibu telah siap-siap tukar baju.. katanya nak pergi kenduri kahwin kawan die di AmpWalk, Jalan Ampang.. Selepas solat maghrib aku pun terus keluar.. Kami menuju ke destinasi seterusnya di FLORA KAFE untuk makan kenduri..
Setibanya di sana, rupanya isteriku membuat kejutan semperna hari ulang tahun perkahwinan kami.. bukan ada kenduri kahwin pun.. tepi Candle Light Dinner.. terharu rasa hati dengan apa yang isteriku lakukan.. Terima kasih sayang.. i sayang u dengan anak kita selama-lamanya.. terima kasih FLORA KAFE kerana menyediakan hidangan makan malam kami.. tempat ni memang aku betul-betul suggest.. makan di sini pun sedap-sedap dan menyediakan tempat yang romantik juga..
Gambar kami di FLORA KAFE
Hanya berdua.. Marissa tengah syok tidur..
Lauk pengantin tu.. rasa macam baru kahwin je.. sedap juga lauk-lauk ini
package makan dengan kek sekali..
No comments:
Post a Comment