Saturday, 13 December 2014

Farrel Steak House Bandar Baru Bangi

Sabtu lepas, setelah selasai mengambil barang dari rumah lama isteri aku. Aku singgah rumah makteh ku di Keramat pergi lihat anak buah aku yang baru lahir. Macam biasa la, bila sampai rumah makteh memang jadi tempat makan dan tidur aku seketika sebelum sambung perjalanan ke destinasi lain.

Selesai sudah urusan aku di Keramat, aku pergi la ambil adik ipar aku di UiTM Puncak Alam atas tujuan nak minta tolong dia jagakan Marissa hari ahad sebab aku dengan isteri nak pergi bersihkan rumah untuk disewakan di City Height Apartment di Sg Chua, Kajang. Lepas ambil dia isteriku ajak la makan steak. Aku cadangkan nak pergi dekat Kg Baru tapi macam jauh pula. Minta la dia tolong search dekat area Bangi kedai steak mana yang sedap.

Cari punya cari dapat satu dekat Austin SteakHouse. Tapi aku suruh dia cari pilihan lain. Jumpa la Farrel Steak House. Masa dia cari masa tu tempat tu masih ada dekat Bangi Gateway. Aku pergi la ke sana. Pusingla satu bangi gateway tu tapi tak jumpa. Rupa-rupanya kedai tu sudah tukar ke seksyen 7 berdekatan dengan JPJ Bangi. Aku pun pergi la sana.

Sampai jea sana, tak ramai pun ada, ada la 2 group termasuk aku. Bagus juga orang tak ramai, perut aku sudah lapar masa itu. Mesti service pun cepat anggapan aku la. Tapi biasala, ambil masa juga nak masak semua order2 yang aku pesan. Tapi lepas aku siap order, ada la lagi 3 group sampai. Tempat dia luas sebab tauke dia sewa corner lot. Tapi tak ramai pelanggan.

Masakan yang dia masak pun kurang panas masa server. Fish n Chip aku order pun ikan isi nipis pastu tepung tebal. Rasa kecewa sikit la. Tapi perut sudah lapar, semuanya sedap. 

Total harga masa aku makan RM 70 untuk fish n chip, 2 set stirlon steak n ferrel steak house set. Air pula carrot susu dengan ais lemon tea.

Tuesday, 21 October 2014

Pengalaman selama 4 hari 3 malam di Gleaneagle Hospital

Marissa dengan ibu berjalan-jalan bersama kak zara
Hari ahad minggu yang lepas Marissa dimasukan ke hospital kerana muntah. Kalau muntah sedikit tak apa. Tapi dah macam pili bomba aku tengok. Mula-mula malam sabtu tu dia da demam panas. Aku ingat dia demam biasa jela. Isteri aku bagi la ubat demam. Tapi pagi tu demam balik sekali dengan muntah. Aku bawa la pergi Hospital Az Zahrah. Doktor kata demam biasa jea. Kalau lepas 3 hari masih sama. Bawa jumpa doktor balik. Aku pun balik la.

Selepas jea maghrib, Marissa muntah sekali lagi. Itu pun masa nak suap dia makan ubat. Sekali lagi pili bomba keluar. Aku pun cepat-cepat bawa pg Columbia Hospital dekat Balakong. Doktor yang periksa Marissa kata dia kena admit sebab suspek AGe n dehydrate. Demam pun naik mendadak. Panas dia pun cecah 39.3 degree celcius. Tapi malangnya wad penuh sebab kes macam nie tak boleh campur dengan budak lain. 

Hadiah daripada CEO Gleaneagle Hospital Dato' Amir Firdaus
Aku pun minta refer dekat Prince Court Medical Centre. Tapi penuh sebab banyak betul kes budak-budak pula malam tu. Aku pun refer ke Gleaneagle Jalan Ampang. Yang terbaik hospital nie. Mula-mula bahagian pendaftaran kata tak ada bilik sekali nurse sound terus ada bilik. Memang terbaik la nurse tu. Masa time nurse tu periksa Marissa elok jea marissa duduk diam. kalau hospital lain siap meragam lagi.

Anak ayah kepenatan tidak cukup tidur + demam
Ceria anak ayah tangkap gambar yup
Aku pun terus call ejen insuran Marissa bagitahu apa yang terjadi. Ejen nie pun memang terbaik la. Layanan 5 bintang. Aku ambil kan Marissa full package insuran Prudential Takaful. Pakej Health Enrich Premier. Syukur alhamdulillah, nasib baik aku ambil awal-awal insuran untuk Marissa. Berani juga la nak pergi hospital yang terbaik untuk Marissa. Layanan pun baik. Bilik pun terbaik. Terima kasih Aizmir ejen Prudential ku.

Sakit-sakit pun masih lincah anak ayah + ibu nie
Tapi pengalaman yang aku tak dapat lupakan ketika Marissa meraung-raung doktor cucuk nak masukan jarum kedalam tangan dia untuk masukan air. Tengok dekat tangan dia berapa banyak kesan kena cucuk dekat tangan dia. Baik tangan kanan atau tangan kiri. Ada jea bekas kena cucuk sebab anak ayah nie kuat doktor yang tolong cucuk jarum tu cakap. Maklumla umor Marissa baru 6 bulan lebih da kena masuk air ikut tangan. Lepas pada tu nampak Marissa fobia bila jumpa nurse ataupun doktor.

Pagi-pagi marissa bangun sebelum aku nak balik ambil barang dia mula buat muka sedih sambil cakap dan tunjuk tangan dia. Mungkin sebab nak bagitahu pasal apa yang terjadi malam tadi. Memang sakit kot kalau kita yang dewasa ni kena lagi-lagi anak kecil macam Marissa. 

Aku bersyukur sangat-sangat. Segala urusan aku dioermudahkan. Keluarga sebelah aku n isteri aku turut datang melawat Marissa. Terima kasih semua kerana prihatin dengan keadaan Marissa pada masa itu. Lepas jea kejadian tu, Marissa balik rumah jea da banyak cakap. Sama jea macam ibu dia.. Hehehe.. Terima kasih sayang

Mak tok dengan kak dirah pun datang melawat Marissa
Muka budak sakit. Pagi-pagi bangun mengadu apa doktor buat malam tadi dekat tangan dia.

Thursday, 21 August 2014

Lama sudah tidak menulis di blog..

Sejak akhir-akhir ini.. makin terlupa untuk nak update blog.. tapi lepas ini kena rajin.. sebab ada kerja sampingan perlu di buat untuk tambah pendapat.. InshaAllah dengan izin Allah..

Monday, 30 June 2014

Percutian di Langkawi - Hari Terakhir

Hari ke - 3


Hari ini hari terakhir di Langkawi. Bangun daripada tidur pergi sarapan. Selepas saja sarapan, siap-siapkan Marissa terus pergi ke kolam renang. Punya la suka Marissa, pagi-pagi lagi sudah pergi kolam renang. Tapi mansi pun tak lama sebab matahari di Langkawi cepat naik.

Selepas siap-siap mandi semua, kami pun bergerak la ke Pekan Kuah untuk mencari barang-barang yang rasanya boleh dibeli. Antaranya coklat, sudu, pisau dan barang-barang yang ditempah. Lepas siap beli semua. Balik ke hotel semula. Kali ini minta extend lebih masa. Sebab flight balik pukul 9.40 malam. Balik naik Malaysia Airlines (MAS) pula. Tambang balik murah juga. Seorang RM 75 seorang. Bayi pula RM 7.00 sahaja.

Hippopo ku yang suka berenang
Senyum dulu ayah sambil berenang
Hippopo tengah berenang dengan ibu

Sepanjang pejalanan ke Pekan Kuah. Aku ternampak satu kedai ini. Kecil saja berdekatan dengan Jabatan Pertanian Langkawi kalau tidak silap. Nama kedai dia Rojak Pulau Cafe. Dekat sini pelbagai air buah-buahan ada termasuk rojak, laksa, mee rebus dan pelbagai la. Kami hanya order air Buah Naga susu, air Epal dan rojak buah. Total RM 9.50. ok la bagi aku untuk menghilangkan dahaga dan alas perut.

Dari traffic light sudah boleh nampak kedai ini
Inilah minuman tengahari kami bersama-sama rojak buah
Susu marissa pun habis sama

Pasal extend bilik, Alia Residence cas setiap 1 jam lebihan masa RM 10.00. Bagi aku berbaloi la. sebab kalau nak booking satu malam pun sudah RM 100 lebih. Lepas semuanya selesai, naik bilik untuk sambung rehat. Paling bestnya, Marissa nak tidur kena tidur atas peha aku. Letak atas tilam asyik nangis saja. hehehe. Ayah pun terpaksa la tidur ikut kesesuaian ayah sebab Marissa nak berkepit atas peh ayah saja.

Tepat 6.30 petang. Kami pun check out dari hotel. Pihak hotel hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 60 saja. Selepas siap semuanya, aku pun bawa isteri dan marissa pergi makan. Isteri aku seperti biasa nak makan laksa dulu sebelum balik. So makan laksa dulu la kami sebelum balik.

Sampai airport jam 7.20 malam. Selepas siap serah kunci, deposit RM 50 dipulangkan semula. Sementara menunggu waktu pelepasan. Kami pun lepak minum Starbuck sekejap. Sejam sebelum berlepas kami baru daftar diri.

Naik pesawat saja, marissa pada mulanya tidur sudah mula terjaga. Kali ini marissa tidak rasa selesa. Mungkin sakit telinga sebab aku pun terasa juga masa pesawat nak take off. Sama la juga sewaktu nak landing, Marissa asyik menangis saja. Aku ras sangat risau pada masa itu. Sebab marissa asyk menangis dan hanya tidur sekejap saja. Sebaik sama di KLIA aku pun cepat-cepat pergi ambil bagasi dan terus pulang ke rumah. Maka berakhir percutian kami di Pulau Langkawi.

Percutian di Langkawi - Day 2

Hari ke-2 


Setelah siap sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak resort, kami sekeluarga pergi ke tepi pantai untuk merasai angin pantai. Sewaktu bersarapan tadi boleh dikatakan ramai orang yang bersarapan bersama kami. Almaklumla kami pergi ke Langkawi ini waktu orang bekerja sebelum nak sambut Ramadhan katakan. Ingatkan tidak ramai orang hanya pelancong luar negara saja yang ramai. Rupa-rupanya ada juga orang malaysia macam kami bercuti waktu orang lain bekerja.

Di tepi pandai, sempat juga aku menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Salah satu gambar ada, gambar kali pertama Marissa meminjat air laut di tepi pantai. Sungguh gembira Marissa waktu tu.

Marissa + Laut
Muka nak ganas anak ayah ni
Setelah bermain ditepi pantai, kami pun pulang ke bilik dan sambung la tidur. Aku pula sibuk menulis pasal Hari - 1 di Langkawi. aku bagi peluang anak dan isteriku untuk cas tenaga sebelum jejalan nanti. Lagipun kami memang datang ke Langkawi untuk relax-relax.

Tengahari, kami check out dari Langkapuri Inn Resort. Kami pergi makan tengahari di Warong apa ntah nama dia. Aku lupa pula sebab adik saudara aku bawa pergi makan dekat sana. Harga pun boleh tahan murah la, sama macam makan dekat area KL. Warong tu jauh sikit dari pantai cenang, banyak juga lauk tengahari yang disediakan dan ramai orang datang sini. Kebanyakan penduduk atau orang-orang yang bekerja di sekitar kawasan ini. Tapi mereka hanya bungkus dan makan dekat tempat lain kerana tempat ini tempat duduk dia terhad.


Lepas makan tengahari, aku hantar semula adik saudara aku ke tempat kerja dia di Cenang Mall. Aku pun pergi check in di Alia Residence Business Resort. Tempat ini memang terbaik la buat masa ini bagi aku untuk sesiapa pergi ke Langkawi dalam pakej bajet  macam aku sekeluarga. Ada kolam renang, kemudahan wifi, sarapan pagi disediakan dan paling penting tempat ini murah sebab ada En. Agoda. Resort ini memang dekat sangat dengan pantai dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi.

Selesai tengok-tengok bilik dan kawasan resort, masa untuk pergi membeli belah. Kami tak rancang untuk pergi tempat-tempat yang orang lain kata menarik di Langkawi ini. Marissa pun masih kecil lagi, maka membeli belah menjadi aktiviti kami di Langkawi ini. Lagipun, Bulan 8 nanti nak masuk rumah baru, memang sesuai sangat pergi sini sebab boleh beli peralatan dapur dengan harga yang murah. Pasal barang banyak nanti masa balik tidak perlu risau sebab balik nanti naik Malaysia Airlines (MAS) pula. Luggage MAS bagi 30 kg setiap seorang dan si kecil Marissa pula 10 kg. So, memang cukup sangat untuk kami bertiga.

Alia Residence Business Resort

Mula-mula pergi Idaman Suri, dekat sini isteri aku hanya beli tuala saja sebab dia ingat nak membeli belah esok sebelum kami balik ke KL nanti. Selepas tu barulah pergi ke Kompleks Haji Ismail Group. Memang besar la tempat ini. Siap dengan hotel tersendiri. Haji Ismail Group ini dulu kecil jea dekat pekan kuah tu. Tapi banyak cawangan di pekan kuah. Sekarang ini buka satu bangunan pula. Memang terbaik la Tuan Haji Ismail ini. 

Dekat sini memang isteri aku borong habis, mula-mula belikan pelampung Marissa untuk mandi kolam renang petang nanti. Pelampung yang ada dekat rumah lupa nak bawa. So, kena la belikan yang baru untuk marissa. Mula-mula tengok-tengok saja, lepas aku bagitahu baik beli sekarang esok boleh relax-relax. Terus isteri aku ambil barang yang dia nak. Antaranya : tempat kukus, kuali memasak yang non stick tu, set pisau, beg luggage yang 24" dan semestinya coklat.

Lepas saja membeli belah, kami pun pulang ke hotel sebab nak bagi peluang untuk marissa pergi berendam di kolam renang. Tetapi disebabkan perut lapar, kami singgah dulu makan Laksa di Jalan Hujung Airport tempat semalam makan laksa. Tapi kali ini kedai yang lain pula. Makan 3 mangkuk laksa dengan air limau saja RM 18.00. Mahal sikit daripada kedai semalam. 

Sampai jea hotel, siap-siapkan marissa terus pergi ke kolam renang. Punya la suka marissa kerana dapat berendam di kolam renang. Lama juga la marissa berendam di kolam renang ini. Memang puas hati dapat duduk dekat resort ini.

Bila malam menjelma, perut pun mula rasa lapar. Kami pun makan di kawasan pantai cenang. Dekat sana ada satu kedai orang kelatan/thailand. Nama kedai dia Restoran Selera Lubuk Buaya. Dekat sini ada Seafood semua. Tapi kami makan goreng yang simple2 saja. Nasi putih, paprik campur, sup ekor, char keow tiow, air limau air dan kopi semua sekali RM 20.00. Selesai makan malam, pulang ke hotel dan tidur.


Thursday, 26 June 2014

Percutian di Langkawi - Day 1

Hari Pertama

Hari ini aku sekeluarga akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Sebelum ini selalu juga la pergi ke langkawi ini. Sebab dulu belajar di UiTM Arau Perlis. Sempat juga la jadi tour guide untuk kawan2 sewaktu belajar dulu. Maklumla masa belajar dulu rajin juga berjalan pergi tempat orang. Kalau pulau langkawi ini kira master la juga jalan2 dekat sini.

Tapi ini pergi langkawi dengan penuh bermakna sebab ditemani oleh isteri dan anakku Marissa Eiliyah. Marissa pun sudah masuk 3 bulan sekarang. Maka senang la untuk aku bawa dia berjalan2.
Kali ini aku pergi dengan menaiki pesawat air asia. Tambang pun murah dalam RM 69 seorang dan bayi pula dalam RM 50 seorang. Minggu lepas baru book tiket tak payah tunggu setahun baru dapat harga murah macam ini. Mungkin sebab hendak sambut bulan Ramadan maka air asia buat amal sikit..

Marissa siap sedia nak naik ERL ke KLIA2
Kami sekeluarga bangun seawal 7 pagi hari ini kerana perlu selesaikan beberapa perkara sebelum bertolak ke Langkawi. Antaranya ialah mengambil kad si manja Marissa yang mana kad ini menunjukkan bawah Marissa anak jadi selangor dan juga dana berbentuk simpanan daripada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta mykid di Putrajaya.

Setelah selesai semua perkara itu, maka dengan rasminya percutian kami sekeluarga bermula. Tanpa perlu bersusah payah untuk ke KLIA 2. Aku sekeluarga hanya menaiki ERL transit ke KLIA 2 di Putrajaya Sentral dengan tambang sebanyak RM 6.20 seorang. Tidak seperti dulu yang mana jika hendak menaiki pesawat air asia perlu ke LCCT dengan menaiki bas. Tapi kali ini dengan hanya menaiki tren ke KLIA 2. KLIA 2 pun boleh tahan besarnya maklum la Terminal Tambang Murah Terbesar Di Dunia. Tapu memang besar pun tempat ini.

Kami di KLIA 2

Inilah kali pertama Marissa menaiki pesawat. Maka mula la perassan risau timbul  Boleh ke Marissa naik pesawat pada usia dia 3 bulan ini. Sebelum ini aku ada juga baca blogger2 lain yang pernah membawa anak2 yang seakan2 baya Marissa naik pesawat. Bila baca mulalah ada sifat negatif dan positif. Tapi malas fikir panjang hanya ambil yang positif komen saja. Maklumla sekarang ini kan zaman serba canggih semua maklumat boleh diperoleh di hujung jari saja.

Alhamdulillah, semasa naik flight marissa pun okey saja. Mujurla dapat baca tips kawan2 blogger lain. Aku hanya bagi susu pada marissa lepas tu bagi dia tidur. Masa yang perlu bagi susu ada sewaktu pesawat nak berlepas dan sewaktu mendarat. Masa mendarat aku tutup sikit la telinga marissa. Tapi tips paling berguna, sebelum naik pesawat jangan bagi dia tidur langsung. Tapi susu bagi la seperti biasa cuma tak bagi tidur saja. Sepanjang dalam pesawat marissa tidur saja. Ada seorang wanita Mat Saleh ini puji sebab marissa tak meragam ketika naik pesawat. Aku bersyukur sangat2.

Setibanya di Lapangan Terbang Langkawi, aku pura2 dengan isteri aku yang kereta sewa masih belum sewa lagi. Dia pun sibuk la mencari kereta sewa dekat booth2 sebelum keluar daripada airport tu. Bila aku bezakan dengan yang aku tempah tu banyak juga la beza dalam RM 40. Aku sewa Vios RM 200 untuk 3 hari 2 malam tapi ada tambah lebih masa la. Dekat booth tu pula sewa RM160 tapi tak tahu ada tambah duit kalau guna lebih masa. Sebab waktu balik nanti aku punya pesawat 9.40 malam. Tapi tak kisah la, beza pun tak banyak mana. Asalkan isteri dan anak aku selesa aku sudah cukup bersyukur.

Selepas selesai ambil kereta, aku pun terus pergi isi minyak. Almaklum la bila sewa kereta ini memang owner saja suruh kita isi minyak sendiri tak nak bagi minyak sikit pun pada pelanggan. Biasala mana2 tempat memang macam ini pun. Tapibaku tak kisah pun lagipun kawasan Langkawi ini pun memang aku sudah familiar sangat.

Sementara tunggu ibu buat susu Marissa ajak ayah ber'selfie'

Ibu balas dendam sebab tak dapat ber'selfie' dengan ayah + Marissa

Perut pun sudah lapar sebab tak makan tengahari tadi hanya makan McD saja untuk sarapan. Maka isteri aku ajak la makan laksa dekat jalan hujung airport tu. Makan dekat Laksa Ikan Sekor Telur Sebiji. Sampai 2 mangkuk setengah isteri aku balun maklum la laksa sedap dan memang kegemaran isteri aku pun makan laksa. Aku hanya makan mee rebus dan laksa separuh lagi separuh bagi isteri aku. Minum pula cendol pulut, lai chi kang dengan air limau ais. Semuanya RM 18.00 kira murah la tu kan.

Apabila perut sudah kenyang, destinasi seterusnya apa lagi pergi check in dekat hotel. Aku check in dekat Langkapuri Inn Resort. Harga semalam RM 140 termasuk sarapan. Betul2 tepi pantai cenang. Harga bagi aku berpatutan la. Bilik pun selesa dan dekat sangat dengan pantai. Aku booking resort in minggu lepas lagi dengan menggunakan khidmat adik saudara aku yang bekerja dekat Cenang Mall.

Selepas check in, aku pun mencari hotel lain yang mana ada kolam renang. Almaklum la marissa sekarang memang suka berenang. Kami pun berpusing2 sekitar Pantai Cenang mencari hotel yang ada fasiliti kolam renang. Mujur la adik saudara aku cuti hari ini, boleh la minta tolong dia temankan untuk mencari hotel sekitar pantai cenang ini. Walaupun aku tahu tempat2 di sini. Tapi sebabkan datang untuk bercuti malas nak memikirkan semua tu. Tapi semuanya tidak berkenan di hati.

Akhirnya, pergi la tengok Alia Residence Business Resort berdekatan dengan lapangan terbang di Padang Masirat. Tanya dekat kaunter, harga semalam RM 175 termasuk sarapan. Bajet lari pula sebab aku bajet hanya hotel RM 150 ke bawah. Selamat ada En. Agoda tengok dalam tu, harga semalam termasuk sarapan dan tax bagai RM 127.50. Memang rezeki kami sekeluarga. Aku pun laju2 la pergi book hotel ini. Hotel ini ada kolam renang. Nanti esok petang boleh la bawa marissa mandi kolam renang itu.

Muka Marissa kena paksa tangkap gambar

Di Dataran Lang

Selesai semuanya, maka mula la perjalanan kami di Pulau Langkawi. Tempat pertama aku bawa isteri dan anak aku adalah Dataran Lang. Dekat sini ada patung Burung Helang Merah yang besar. Patung ini merupakan simbolik untuk Pulau Langkawi. Nama Pulau Langkawi pun di ambil semperna nama Helang Merah ini. Adalah beberapa cerita pasal nama Pulau Langkawi ini tapi aku ingat2 lupa pasal sejarah dia tapi yang pasti pulau langkawi ini memang banyak burung helang.

Makan malam kami
Jam pun sudah menunjukan pukul 6.30 petang, perut pun sudah lapar balik. Maka, kami pun pergi la ke Cucu-Cucu Bamboo Restaurant berdekatan dengan lapangan terbang untuk makan malam. Seekor ikan siakap, sotong 2 orang makan, kailan ikan masin 2 orang makan, air fresh oren susu dan air kosong 1 jug. Semuanya untuk 4 orang makan harganya RM 91.00.

Selesai makan malam, kami pun pulang ke langkapuri inn resort dimana tempat beradu aku sekeluarga malam ini. Maka berakhir la cerita untuk hari pertama aku di Langkawi.



Monday, 23 June 2014

Shopping Time after Swimming..

My Family

Selepas penat mandi swimming pool.. time untuk pergi shopping pula dekat MAEPS Serdang.. hajat di hati hanya hendak cari kasut untuk marissa.. Maklum la marissa nak pergi jejalan nanti senang.. walaupun masih tidak boleh berjalan lagi.. mana tak nya baru berusia 2 bulan 3 minggu.. ibu sudah sibuk nak belikan kasut untuk marissa.. heheehe..

Kebetulan di MAEPS ada online bazaar buka booth hampir 1000 penjual termasuk artis tanah air turut serta menjayakan bazaar ini.. dalam masa yang sama auntie fifi dan tok cu turut sama menjual produk mereka di Online Bazaar ini..

Mereka sangat la famous dengan nama Simply Modest dekat instagram dan Facebook.. Simply modest ini jual barang muslimah.. disebabkan marissa pun kecil lagi.. ibu dengan ayah la yang terlebih shopping dekat sini.. ini adalah hasil yang berjaya kami beli.. hehehehe..

Monopod + bluetooth remote control = RM 68.00

Seluar kain pelekat Aflin Shauki punya = RM 75.00

Skirt Cantik = RM 33.00

Kasut Marissa = RM 18.00


Aktiviti Marissa ketika berusia 2 Bulan lebih

My Little Bam2

Marissa suka betul kalau dapat berenang.. sejak kebelakangan ini, ibu rajin bawa marissa pergi berenang.. minggu lepas pergi Hippopo Baby & Spa yang baru buka dekat Setia Walk.. semalam pergi mandi swimming pool dekat kakak saudara dia Rania Hadirah.. Memang seronok tengok marissa dengan hadirah mandi swimming pool..

Disebabkan marissa suka sangat bermain dengan air.  Ibu dengan ayah pun berusaha mencari pelampung yang khas untuk marissa guna. Maklum la marissa baru berusia 2 bulan 3 minggu. Maka kena la cari pelampung yang sesuai untuk marissa guna. Selamat Metrojaya di The Curve ada jual ala-ala pelampung yang marissa guna ketika di Hippopo hari itu. Boleh la marissa guna nanti masa berenang dekat mana-mana swimming pool. 

Ayah harap besar nanti marissa tidak takut dengan air dan menjadi perenang yang profesional. Berenang juga adalah sunnah Nabi.. Jadi ayah akan jadikan aktiviti berenang ini sebagai aktiviti rutin untuk marissa beriadah..

Marissa di Hippopo Setia Walk

Muka steady jea marissa berenang

Marissa dengan teman-temannya ketika berenang

Bersama ayah mandi swimming pool

Kakak Hadirah steady berenang dalam swimming pool

Hadirah dengan papa dia walaupun dah kecut tak mahu naik nak mandi swimming pool puas2..