Hari ke-2

Di tepi pandai, sempat juga aku menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Salah satu gambar ada, gambar kali pertama Marissa meminjat air laut di tepi pantai. Sungguh gembira Marissa waktu tu.
Setelah bermain ditepi pantai, kami pun pulang ke bilik dan sambung la tidur. Aku pula sibuk menulis pasal Hari - 1 di Langkawi. aku bagi peluang anak dan isteriku untuk cas tenaga sebelum jejalan nanti. Lagipun kami memang datang ke Langkawi untuk relax-relax.
Tengahari, kami check out dari Langkapuri Inn Resort. Kami pergi makan tengahari di Warong apa ntah nama dia. Aku lupa pula sebab adik saudara aku bawa pergi makan dekat sana. Harga pun boleh tahan murah la, sama macam makan dekat area KL. Warong tu jauh sikit dari pantai cenang, banyak juga lauk tengahari yang disediakan dan ramai orang datang sini. Kebanyakan penduduk atau orang-orang yang bekerja di sekitar kawasan ini. Tapi mereka hanya bungkus dan makan dekat tempat lain kerana tempat ini tempat duduk dia terhad.
Tengahari, kami check out dari Langkapuri Inn Resort. Kami pergi makan tengahari di Warong apa ntah nama dia. Aku lupa pula sebab adik saudara aku bawa pergi makan dekat sana. Harga pun boleh tahan murah la, sama macam makan dekat area KL. Warong tu jauh sikit dari pantai cenang, banyak juga lauk tengahari yang disediakan dan ramai orang datang sini. Kebanyakan penduduk atau orang-orang yang bekerja di sekitar kawasan ini. Tapi mereka hanya bungkus dan makan dekat tempat lain kerana tempat ini tempat duduk dia terhad.

Selesai tengok-tengok bilik dan kawasan resort, masa untuk pergi membeli belah. Kami tak rancang untuk pergi tempat-tempat yang orang lain kata menarik di Langkawi ini. Marissa pun masih kecil lagi, maka membeli belah menjadi aktiviti kami di Langkawi ini. Lagipun, Bulan 8 nanti nak masuk rumah baru, memang sesuai sangat pergi sini sebab boleh beli peralatan dapur dengan harga yang murah. Pasal barang banyak nanti masa balik tidak perlu risau sebab balik nanti naik Malaysia Airlines (MAS) pula. Luggage MAS bagi 30 kg setiap seorang dan si kecil Marissa pula 10 kg. So, memang cukup sangat untuk kami bertiga.
Mula-mula pergi Idaman Suri, dekat sini isteri aku hanya beli tuala saja sebab dia ingat nak membeli belah esok sebelum kami balik ke KL nanti. Selepas tu barulah pergi ke Kompleks Haji Ismail Group. Memang besar la tempat ini. Siap dengan hotel tersendiri. Haji Ismail Group ini dulu kecil jea dekat pekan kuah tu. Tapi banyak cawangan di pekan kuah. Sekarang ini buka satu bangunan pula. Memang terbaik la Tuan Haji Ismail ini.
Dekat sini memang isteri aku borong habis, mula-mula belikan pelampung Marissa untuk mandi kolam renang petang nanti. Pelampung yang ada dekat rumah lupa nak bawa. So, kena la belikan yang baru untuk marissa. Mula-mula tengok-tengok saja, lepas aku bagitahu baik beli sekarang esok boleh relax-relax. Terus isteri aku ambil barang yang dia nak. Antaranya : tempat kukus, kuali memasak yang non stick tu, set pisau, beg luggage yang 24" dan semestinya coklat.
Lepas saja membeli belah, kami pun pulang ke hotel sebab nak bagi peluang untuk marissa pergi berendam di kolam renang. Tetapi disebabkan perut lapar, kami singgah dulu makan Laksa di Jalan Hujung Airport tempat semalam makan laksa. Tapi kali ini kedai yang lain pula. Makan 3 mangkuk laksa dengan air limau saja RM 18.00. Mahal sikit daripada kedai semalam.
Sampai jea hotel, siap-siapkan marissa terus pergi ke kolam renang. Punya la suka marissa kerana dapat berendam di kolam renang. Lama juga la marissa berendam di kolam renang ini. Memang puas hati dapat duduk dekat resort ini.
Bila malam menjelma, perut pun mula rasa lapar. Kami pun makan di kawasan pantai cenang. Dekat sana ada satu kedai orang kelatan/thailand. Nama kedai dia Restoran Selera Lubuk Buaya. Dekat sini ada Seafood semua. Tapi kami makan goreng yang simple2 saja. Nasi putih, paprik campur, sup ekor, char keow tiow, air limau air dan kopi semua sekali RM 20.00. Selesai makan malam, pulang ke hotel dan tidur.
No comments:
Post a Comment