~Floria 2014~
Hanging Umbrella yang penuh warna warni..
Ingat nak pergi Dataran Putrajaya hanya nak lepak-lepak petang bersama keluarga.. sekali dalam hati ada taman la.. aku pun tak tahu ada apa sebenarnya ada dekat floria 2014.. beribu-ribu orang juga la yang datang.. sampai nak masuk pun kena bayar.. siap dengan abang-abang bonzer jaga pintu masuk.. untuk dewasa rm3.00 dan kanak-kanak pula 7 hingga 12 tahun rm1.00..
Bila masuk agak terkejut juga melihat kreativiti - kreativiti melihat orang malaysia membuat taman bunga sendiri dengan kreativiti masing-masing.. memang menarik bagi aku.. sebab pelbagai hiasan taman bunga ada dekat sini.. dan setiap peringkat umor ada.. baik dari sekolah rendah sampai ke universiti masing-masing menyumbang idea untuk menjayakan FLORIA 2014 ini.. tidak terkecuali badan-badan kerajaan dan juga syarikat - syarikat taman bunga juga terlibat sama .
Bagi aku memang puas hati la walaupun pada asalnya balik kelas tadi nak pergi beli barang rumah.. tapi memang puas hati sebab dapat melihat kreativiti yang ada dekat sini.. mana tahu suatu hari nanti ada rumah besar dan tanah luas.. boleh la ambil idea yang aku lihat tadi dijadikan untuk taman bunga aku nanti..
Gambar isteriku yang comel
Si Tampan & Si Jelita
Marissa dengan ibu bergambar di laman kreativiti Universiti Sabah Malaysia
Jangan Sentuh hasil kreativiti DBKL
Kami sekeluarga..
No comments:
Post a Comment