Thursday, 26 June 2014

Percutian di Langkawi - Day 1

Hari Pertama

Hari ini aku sekeluarga akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Sebelum ini selalu juga la pergi ke langkawi ini. Sebab dulu belajar di UiTM Arau Perlis. Sempat juga la jadi tour guide untuk kawan2 sewaktu belajar dulu. Maklumla masa belajar dulu rajin juga berjalan pergi tempat orang. Kalau pulau langkawi ini kira master la juga jalan2 dekat sini.

Tapi ini pergi langkawi dengan penuh bermakna sebab ditemani oleh isteri dan anakku Marissa Eiliyah. Marissa pun sudah masuk 3 bulan sekarang. Maka senang la untuk aku bawa dia berjalan2.
Kali ini aku pergi dengan menaiki pesawat air asia. Tambang pun murah dalam RM 69 seorang dan bayi pula dalam RM 50 seorang. Minggu lepas baru book tiket tak payah tunggu setahun baru dapat harga murah macam ini. Mungkin sebab hendak sambut bulan Ramadan maka air asia buat amal sikit..

Marissa siap sedia nak naik ERL ke KLIA2
Kami sekeluarga bangun seawal 7 pagi hari ini kerana perlu selesaikan beberapa perkara sebelum bertolak ke Langkawi. Antaranya ialah mengambil kad si manja Marissa yang mana kad ini menunjukkan bawah Marissa anak jadi selangor dan juga dana berbentuk simpanan daripada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta mykid di Putrajaya.

Setelah selesai semua perkara itu, maka dengan rasminya percutian kami sekeluarga bermula. Tanpa perlu bersusah payah untuk ke KLIA 2. Aku sekeluarga hanya menaiki ERL transit ke KLIA 2 di Putrajaya Sentral dengan tambang sebanyak RM 6.20 seorang. Tidak seperti dulu yang mana jika hendak menaiki pesawat air asia perlu ke LCCT dengan menaiki bas. Tapi kali ini dengan hanya menaiki tren ke KLIA 2. KLIA 2 pun boleh tahan besarnya maklum la Terminal Tambang Murah Terbesar Di Dunia. Tapu memang besar pun tempat ini.

Kami di KLIA 2

Inilah kali pertama Marissa menaiki pesawat. Maka mula la perassan risau timbul  Boleh ke Marissa naik pesawat pada usia dia 3 bulan ini. Sebelum ini aku ada juga baca blogger2 lain yang pernah membawa anak2 yang seakan2 baya Marissa naik pesawat. Bila baca mulalah ada sifat negatif dan positif. Tapi malas fikir panjang hanya ambil yang positif komen saja. Maklumla sekarang ini kan zaman serba canggih semua maklumat boleh diperoleh di hujung jari saja.

Alhamdulillah, semasa naik flight marissa pun okey saja. Mujurla dapat baca tips kawan2 blogger lain. Aku hanya bagi susu pada marissa lepas tu bagi dia tidur. Masa yang perlu bagi susu ada sewaktu pesawat nak berlepas dan sewaktu mendarat. Masa mendarat aku tutup sikit la telinga marissa. Tapi tips paling berguna, sebelum naik pesawat jangan bagi dia tidur langsung. Tapi susu bagi la seperti biasa cuma tak bagi tidur saja. Sepanjang dalam pesawat marissa tidur saja. Ada seorang wanita Mat Saleh ini puji sebab marissa tak meragam ketika naik pesawat. Aku bersyukur sangat2.

Setibanya di Lapangan Terbang Langkawi, aku pura2 dengan isteri aku yang kereta sewa masih belum sewa lagi. Dia pun sibuk la mencari kereta sewa dekat booth2 sebelum keluar daripada airport tu. Bila aku bezakan dengan yang aku tempah tu banyak juga la beza dalam RM 40. Aku sewa Vios RM 200 untuk 3 hari 2 malam tapi ada tambah lebih masa la. Dekat booth tu pula sewa RM160 tapi tak tahu ada tambah duit kalau guna lebih masa. Sebab waktu balik nanti aku punya pesawat 9.40 malam. Tapi tak kisah la, beza pun tak banyak mana. Asalkan isteri dan anak aku selesa aku sudah cukup bersyukur.

Selepas selesai ambil kereta, aku pun terus pergi isi minyak. Almaklum la bila sewa kereta ini memang owner saja suruh kita isi minyak sendiri tak nak bagi minyak sikit pun pada pelanggan. Biasala mana2 tempat memang macam ini pun. Tapibaku tak kisah pun lagipun kawasan Langkawi ini pun memang aku sudah familiar sangat.

Sementara tunggu ibu buat susu Marissa ajak ayah ber'selfie'

Ibu balas dendam sebab tak dapat ber'selfie' dengan ayah + Marissa

Perut pun sudah lapar sebab tak makan tengahari tadi hanya makan McD saja untuk sarapan. Maka isteri aku ajak la makan laksa dekat jalan hujung airport tu. Makan dekat Laksa Ikan Sekor Telur Sebiji. Sampai 2 mangkuk setengah isteri aku balun maklum la laksa sedap dan memang kegemaran isteri aku pun makan laksa. Aku hanya makan mee rebus dan laksa separuh lagi separuh bagi isteri aku. Minum pula cendol pulut, lai chi kang dengan air limau ais. Semuanya RM 18.00 kira murah la tu kan.

Apabila perut sudah kenyang, destinasi seterusnya apa lagi pergi check in dekat hotel. Aku check in dekat Langkapuri Inn Resort. Harga semalam RM 140 termasuk sarapan. Betul2 tepi pantai cenang. Harga bagi aku berpatutan la. Bilik pun selesa dan dekat sangat dengan pantai. Aku booking resort in minggu lepas lagi dengan menggunakan khidmat adik saudara aku yang bekerja dekat Cenang Mall.

Selepas check in, aku pun mencari hotel lain yang mana ada kolam renang. Almaklum la marissa sekarang memang suka berenang. Kami pun berpusing2 sekitar Pantai Cenang mencari hotel yang ada fasiliti kolam renang. Mujur la adik saudara aku cuti hari ini, boleh la minta tolong dia temankan untuk mencari hotel sekitar pantai cenang ini. Walaupun aku tahu tempat2 di sini. Tapi sebabkan datang untuk bercuti malas nak memikirkan semua tu. Tapi semuanya tidak berkenan di hati.

Akhirnya, pergi la tengok Alia Residence Business Resort berdekatan dengan lapangan terbang di Padang Masirat. Tanya dekat kaunter, harga semalam RM 175 termasuk sarapan. Bajet lari pula sebab aku bajet hanya hotel RM 150 ke bawah. Selamat ada En. Agoda tengok dalam tu, harga semalam termasuk sarapan dan tax bagai RM 127.50. Memang rezeki kami sekeluarga. Aku pun laju2 la pergi book hotel ini. Hotel ini ada kolam renang. Nanti esok petang boleh la bawa marissa mandi kolam renang itu.

Muka Marissa kena paksa tangkap gambar

Di Dataran Lang

Selesai semuanya, maka mula la perjalanan kami di Pulau Langkawi. Tempat pertama aku bawa isteri dan anak aku adalah Dataran Lang. Dekat sini ada patung Burung Helang Merah yang besar. Patung ini merupakan simbolik untuk Pulau Langkawi. Nama Pulau Langkawi pun di ambil semperna nama Helang Merah ini. Adalah beberapa cerita pasal nama Pulau Langkawi ini tapi aku ingat2 lupa pasal sejarah dia tapi yang pasti pulau langkawi ini memang banyak burung helang.

Makan malam kami
Jam pun sudah menunjukan pukul 6.30 petang, perut pun sudah lapar balik. Maka, kami pun pergi la ke Cucu-Cucu Bamboo Restaurant berdekatan dengan lapangan terbang untuk makan malam. Seekor ikan siakap, sotong 2 orang makan, kailan ikan masin 2 orang makan, air fresh oren susu dan air kosong 1 jug. Semuanya untuk 4 orang makan harganya RM 91.00.

Selesai makan malam, kami pun pulang ke langkapuri inn resort dimana tempat beradu aku sekeluarga malam ini. Maka berakhir la cerita untuk hari pertama aku di Langkawi.



No comments:

Post a Comment